Lelaki ditemui mati tepi jalan, disyaki dibunuh

Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan, Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di Sungai Siput pada Rabu. Foto tular
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan, Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di Sungai Siput pada Rabu. Foto tular
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan, Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini pada Rabu.

Orang awam menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira jam 4.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, identiti mangsa setakat ini, masih belum dikenal pasti.

"Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput menjalankan pemeriksaan luaran terhadap tubuh lelaki berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat unsur jenayah," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!