Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh di bilik sewa

Lokasi sebuah bilik sewa di Kuantan yang dipasang garisan polis susulan insiden pembunuhan seorang pelajar wanita berusia 19 tahun pada awal pagi Selasa.
Lokasi sebuah bilik sewa di Kuantan yang dipasang garisan polis susulan insiden pembunuhan seorang pelajar wanita berusia 19 tahun pada awal pagi Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut disyaki dibunuh di sebuah bilik sewa, di sini selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dan teman wanitanya.

“Suspek yang juga berusia 19 tahun sendiri menghubungi pihak polis dan melaporkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya itu.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

“Setiba di lokasi, pihak polis menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik sewa di aras bawah rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ashari berkata, pemeriksaan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

 Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut disyaki dibunuh di sebuah bilik sewa, di sini selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya.
Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut disyaki dibunuh di sebuah bilik sewa, di sini selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Beliau menambah susulan itu, lelaki terbabit ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan siasatan jenayah, Datuk Mohd Yusri Othmanbersama pegawai serta anggota pasukan polis waktu hadir menjalankan siasatan di lokasi kejadian pembunuhan seorang pelajar wanita.
Ketua Jabatan siasatan jenayah, Datuk Mohd Yusri Othmanbersama pegawai serta anggota pasukan polis waktu hadir menjalankan siasatan di lokasi kejadian pembunuhan seorang pelajar wanita.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk proses bedah siasat.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk proses bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!