Gempa bumi sederhana landa perairan Sandakan, gegaran dirasai di Tawau dan Lahad Datu

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 dilaporkan berlaku di perairan Sandakan, pada jam 9.11 malam Selasa.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 dilaporkan berlaku di perairan Sandakan, pada jam 9.11 malam Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 dilaporkan berlaku di perairan Sandakan, pada jam 9.11 malam Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi berkenaan dikesan berkoordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut MetMalaysia lagi, lokasi gempa bumi itu terletak kira-kira 48km Timur dari Lahad Datu.

Kesan gegaran dirasai di sekitar Pantai Timur dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan tersebut.

Sementara itu, pengguna media sosial di Tawau memaklumkan merasai gegaran tersebut namun tidak mengetahui secara terperinci sama ada disebabkan gempa bumi atau sebaliknya.

Di Lahad Datu pula, pengguna media sosial masing-masing berkongsi merasai gegaran tersebut dan difahamkan ada yang bertindak keluar dari bangunan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!