Pakatan Makkah diaktifkan: Pasukan tentera dikerah ke Arab Saudi

Mesyuarat peringkat tinggi itu dihadiri pegawai kanan pertahanan dan ketenteraan dari ketiga-tiga negara. Foto: Agensi
Mesyuarat peringkat tinggi itu dihadiri pegawai kanan pertahanan dan ketenteraan dari ketiga-tiga negara. Foto: Agensi
A
A
A

RIYADH - Pakatan Makkah diaktifkan selepas Pakistan dan Turkiye bersetuju dengan langkah pengerahan segera pasukan serta aset ketenteraan ke Arab Saudi di bawah gabungan pertahanan bersama yang baharu.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Strategik-Politik dan Pertahanan Pakatan Makkah di Riyadh pada Isnin.

Langkah berkenaan diambil ketika Saudi terus berdepan ancaman keselamatan termasuk yang dikaitkan dengan kumpulan Houthi yang disokong Iran.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Luar Pakistan, jawatankuasa itu memutuskan untuk 'segera melaksanakan secara praktikal' komitmen pertahanan bersama dan mengambil langkah yang diperlukan bagi menyediakan pasukan serta aset ketenteraan yang dipersetujui untuk dikerahkan dengan pantas ke Riyadh.

Pengerahan itu akan dilaksanakan mengikut aturan yang dipersetujui serta undang-undang ketiga-tiga negara.

Ia menjadi perkembangan penting dalam kerjasama ketenteraan antara Saudi, Pakistan dan Turkiye selepas menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah pada 7 Ogos lalu. Di bawah pakatan itu, serangan bersenjata terhadap mana-mana satu negara akan dianggap sebagai serangan terhadap ketiga-tiga negara. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!