'Jangan sembunyikan isu pelajar semata-mata jaga nama sekolah' - PM

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang kes yang melibatkan murid tidak wajar disembunyikan semata-mata bagi menjaga prestasi sekolah.

Anwar berkata, walhal anak-anak di sekolah merasa terdera dan tertekan dengan perkara yang berlaku.

"Saya dalam beberapa ucapan di sekolah dengan keras sekali menekan isu ini. Kadang - kadang ada yang melindungi sebab tidak mahu nama sekolah buruk.

"Jadi saya setuju dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), jangan sembunyikan sebab nak jaga nama sekolah. Ini yang rosak," ujarnya pada Dewan Rakyat.

Tambah Anwar, langkah-langkah untuk menangani isu buli dan salah laku di sekolah telah diambil, namun mungkin belum dijelaskan secara menyeluruh.

Beliau memberitahu, antara yang dilakukan adalah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) diperuntukkan RM3 juta bagi sekolah dan RM5 juta bagi sekolah berasrama penuh, selain tambahan peruntukan RM15 juta pada tahun depan.

“Sekarang ada 5,107 jawatan guru bimbingan dan kaunseling dan kita tambah kerana nak selesaikan masalah ini. Pembantu warden asrama, 300 mystep juga telah dilantik.

"Selain itu, PDRM diberi kebenaran untuk memasuki sekolah pada bila-bila masa bagi menjalankan pemeriksaan.

“Setakat ini, seramai 400 warden turut diberikan latihan berkaitan kemahiran dan sokongan psikososial,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!