Beri alasan nak cari kerja!

Antara warga Indonesia yang ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto: PDRM
Antara warga Indonesia yang ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto: PDRM
A
A
A

BALING - Tindakan empat warga Indonesia yang memberi alasan mahu ke Kupang ingin mencari kerja ketika ditahan di sekatan jalan raya di Binjul, Tawar kira-kira jam 6.50 pagi pagi semalam mengundang padah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, penahanan dibuat kerana keempat-empat individu terbabit ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disyaki melakukan perbuatan cuai sehingga boleh menyebabkan risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Ketika melalui sekatan jalan raya, dua lelaki berumur 34 dan 42 tahun menaiki kereta jenis Proton Saga Aeroback manakala dua wanita berusia 38 dan 40 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z berwarna putih.

"Pemeriksaan mendapati semua warga Indonesia terbabit dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Hasil siasatan, mereka berada di luar kawasan rumah kerana mahu ke Kupang untuk mencari kerja," katanya.

Katanya, difahamkan mereka telah dihalau pemilik rumah sewa di Padang Serai kerana tidak dapat membayar sewa bulanan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: