Pertandingan Golf Amal Masjid BTHO berjaya kutip dana RM45,000

SERAMAI 112 peserta dalam kalangan komuniti setempat menyertai Pertandingan Golf Amal Masjid BTHO kali ke-2/2026 di Impian Golf & Country Club baru-baru ini.
SERAMAI 112 peserta dalam kalangan komuniti setempat menyertai Pertandingan Golf Amal Masjid BTHO kali ke-2/2026 di Impian Golf & Country Club baru-baru ini.
A
A
A

PERTANDINGAN Golf Amal Masjid Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) kali kedua pada tahun ini berjaya mengumpul dana RM45,000 yang akan dimanfaatkan bagi menyokong kelangsungan pelbagai aktiviti dan program masjid. 

Nazir Masjid BTHO, Ustaz Wan B. W. Deraman berkata, penganjuran pertandingan golf amal di Impian Golf & Country Club itu telah menghimpunkan seramai 112 peserta daripada kalangan komuniti setempat. 

Menurutnya, ia bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti setempat bersukan, malah ia menjadi salah satu usaha mengumpul dana bagi memastikan pelbagai aktiviti pengimarahan masjid dapat dilaksanakan secara berterusan. 

“Program ini adalah satu usaha kita untuk mengumpul dana bagi menyokong aktiviti masjid, khususnya program kebajikan, kuliah agama, aktiviti golongan muda dan kemasyarakatan.

"Pada masa sama, kita berharap program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak masjid dengan komuniti melalui aktiviti sukan yang disertai dengan nilai kebajikan dan kemasyarakatan,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini. 

Tambahnya, sambutan terhadap penganjuran kali kedua pertandingan itu amat menggalakkan daripada komuniti setempat dan ia turut dijayakan Pengarah Bersama, Datuk Che Abd Ghali dan Ketua Biro Ekonomi Masjid BTHO, Mohd Shahimi Yaa'cob. 

Menurut penganjur, dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menampung perbelanjaan pelbagai aktiviti pengimarahan, termasuk program kebajikan, kuliah agama, aktiviti golongan muda serta program kemasyarakatan.

Pada masa sama, pihak masjid turut membuka ruang kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada Tabung Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Artikel Berkaitan:

PARA pemenang pertandingan turut diraikan pada majlis tersebut.
PARA pemenang pertandingan turut diraikan pada majlis tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Affin Islamic Bank Berhad atas nama Masjid Bandar Tun Hussein Onn melalui nombor akaun 1068-9000-3645 dan meletakkan rujukan “MBTHO BE - Golf Amal”.

Resit sumbangan boleh dihantar melalui WhatsApp ke talian +6012-203 8520 untuk tujuan rekod pihak masjid.

"Penganjuran Pertandingan Golf Amal Masjid BTHO Kali Ke-2/2026 membuktikan bahawa aktiviti sukan turut mampu menjadi medium menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti dan pengimarahan institusi masjid," ujarnya. 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!