X

Kindly register in order to view this article
!

Sanggup ulang alik hantar makanan, basuh baju lelaki sakit

Mohd Zatullah berkongsi usaha murni Mohd Shafiq di laman Facebooknya.
A
A

SEREMBAN – Seorang pemuda sanggup membantu lelaki yang terlantar sakit akibat kencing manis dengan berulang-alik menghantar makanan dan membasuh pakaian.

Keprihatinan Mohd Shafiq Zairi Noran, 29, membantu lelaki yang tinggal bersendirian di Taman Desa Melor, Senawang dikongsi pengusaha Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina, Mohd Zatullah Kamarudin di laman Facebooknya.

Menurutnya, Mohd Shafiq selalu datang untuk menggunakan mesin basuh di rumah kebajikan berkenaan kerana mahu membasuh baju jiran dari taman perumahan bersebelahan yang sukar bergerak dan mengurus diri selepas empat jari kakinya dipotong akibat kencing manis bulan lalu.

"Orang lain beri bantuan barangan dapur, tapi bantuan dari rakan saya ini lain macam. Alhamdulillah besar di sisi ALLAH apa yang dilakukannya," tulisnya.

Sementara itu Mohd Shafiq ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak terlalu rapat dengan lelaki yang dipanggil Bob itu tetapi bertanggungjawab membantunya.

“Saya tahu dia kurang sihat tetapi tidak menyangka keadaannya kelihatan teruk. Dia minta saya menjenguknya apabila saya menelefonnya. Saya sasa bertanggungjawab membantunya secara sukarela.

"Jadi rutin saya sekarang sebelum pergi kerja saya akan menghantar sarapan pagi dan makan malam yang semuanya dimasak oleh emak," katanya.

Mohd Shafiq akan membasuh pakaian Bob dua kali seminggu dengan meminjam mesin basuh Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina.
Mohd Shafiq akan membasuh pakaian Bob dua kali seminggu dengan meminjam mesin basuh Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina.

Katanya, Bob juga perlu berulang-alik ke hospital setiap hari untuk mencuci luka jari kakinya yang dipotong dan dibantu oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Paroi.

“Saya simpati kerana dia tinggal seorang dengan keadaan yang sukar bergerak dan tidak terurus. Jadi

saya akan hantar makanan dan bantu basuh pakaian setiap minggu.

“Hari ini mungkin hari dia, jika esok mungkin hari saya pula...kita semua tak tahu apa nasib kita pada masa depan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!