Surau disyaki anjur solat Jumaat tanpa kebenaran diserbu

Sebuah surau disyaki menjalankan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran diserbu dalam operasi baru-baru ini.
Sebuah surau disyaki menjalankan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran diserbu dalam operasi baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Sebuah surau yang disyaki menjalankan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama diserbu dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Kampung Baru Subang baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu turut menyaksikan seramai 123 individu diambil tindakan oleh JAIS.

Bagaimanapun, pemeriksaan imigresen terhadap individu yang berada di surau berkenaan mendapati tiada kesalahan imigresen dikesan.

JIM Selangor memaklumkan operasi bersepadu tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan yang turut dijalankan secara berasingan di sekitar daerah Ampang dan Hulu Langat.

Menurut kenyataan itu, operasi yang bermula jam 11 pagi hingga selesai membabitkan 18 pegawai JIM Selangor menerusi pelaksanaan Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Kutip.

“Hasil keseluruhan operasi, seramai 38 individu diperiksa dan 34 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Selain itu, satu saman saksi dikeluarkan dan seorang majikan turut dikenakan tindakan,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Pemeriksaan dijalankan susulan serbuan di sebuah surau disyaki melakukan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran baru-baru ini.
Pemeriksaan dijalankan susulan serbuan di sebuah surau disyaki melakukan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi di sekitar Ampang, seramai 10 warga asing ditahan hasil pemeriksaan di beberapa premis makanan dan kawasan perniagaan.

“Individu yang ditahan terdiri daripada seorang warga Indonesia, seorang warga India dan lapan warga Myanmar yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Pemeriksaan di sekitar daerah Hulu Langat pula membawa kepada penahanan seorang warga Poland atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama,” menurut kenyataan itu.

JIM Selangor memaklumkan kesalahan yang dikenal pasti secara keseluruhan melibatkan Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Majikan dan pemilik premis diingatkan supaya memastikan pekerja warga asing memiliki dokumen perjalanan serta pas yang sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!