Banduan dipenjara lima tahun, satu sebatan kerana liwat rakan sepenjara

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kepada seorang banduan yang mengaku bersalah meliwat rakan sepenjaranya, awal bulan ini.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Ridzuan Zahar, 42, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan.
Mohd Ridzuan didakwa meliwat seorang lelaki berusia 23 tahun pada kira-kira 3 pagi 4 September di dalam sel Penjara Marang, Marang
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima hingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Abdul Hayyi Salim. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
