Pekerja kolej cabul, liwat pelajar sudah dicekup polis

Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki mencabul dan meliwat dua pelajar berjaya diberkas polis. Foto hiasan
Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki mencabul dan meliwat dua pelajar berjaya diberkas polis. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki mencabul dan meliwat dua pelajar berusia 15 tahun di sini berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek ditahan di sebuah restoran di sini pada jam 12.01 tengah malam Sabtu.

Menurut beliau, penahanan itu susulan laporan yang diterima polis pada Jumaat daripada dua mangsa lelaki yang juga pelajar sebuah kolej di Glenmarie, Shah Alam.

“Mangsa pertama mendakwa dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek di Seksyen 18.

“Semakan mendapati suspek yang juga pekerja di kolej berkenaan, berusia lingkungan 30-an dan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 atau Inspektor Muhamad Zamri Abdul Rahman di talian 011-16652402.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!