China hantar 20 juta topeng muka ke Rusia

Sebuah kereta api barang yang membawa 20 juta topeng muka berlepas dari bandar Suzhou timur China pada Isnin dan dijadual tiba di Moscow dalam masa 12 hari. GAMBAR HIASAN
Sebuah kereta api barang yang membawa 20 juta topeng muka berlepas dari bandar Suzhou timur China pada Isnin dan dijadual tiba di Moscow dalam masa 12 hari. GAMBAR HIASAN
A
A
A

NANJING- Sebuah kereta api barang yang membawa 20 juta topeng muka berlepas dari bandar Suzhou timur China pada Isnin dan dijadual tiba di Moscow dalam masa 12 hari, lapor agensi berita Xinhua.

Penghantaran itu susulan perjanjian dimeterai antara China Sinopharm International Corporation dan Rusia pada Mac lalu.

Pengurus besar syarikat itu Zhang Fan berkata, lebih 200 TEU bekalan seperti katil yang digunakan di bilik pembedahan dan picagari akan dihantar ke Eropah menjelang bulan depan.

Statistik menunjukkan peningkatan lebih 50 peratus kereta api kargo dan barang di Suzhou pada Mac.-Bernama

Artikel Berkaitan: