PM Singapura hargai kehidupan, legasi luar biasa Tun Dr Hasmah

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong
A
A
A

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong memberi penghormatan kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali, mengenang doktor perintis itu atas sumbangannya dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial yang menyentuh kehidupan generasi rakyat Malaysia.

Dalam menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga, Wong berkata, Dr Hasmah menjalani kehidupan yang luar biasa.

"Sebagai perintis dalam bidangnya, beliau memberikan sumbangan penting kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial di Malaysia. Sumbangan beliau menyentuh kehidupan generasi rakyat Malaysia.

"Selain sumbangannya kepada masyarakat, beliau akan dikenang kerana sifat mesra, anggun dan semangatnya dalam menjalani kehidupan. Beliau membawa kemesraan dan semangat dalam segala yang dilakukannya dan akan sentiasa dikenang dengan penuh kasih oleh semua yang mengenalinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pagi Isnin pada usia 100 tahun.

Jenazah beliau dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20 di sini pada jam 6.20 petang Isnin, dengan Dr Mahathir, anak-anak serta anggota keluarga hadir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!