Bolehkah melewatkan pengurusan jenazah?

DIBENARKAN untuk melewatkan pengurusan jenazah kerana keperluan bedah siasat. - Gambar hiasan
DIBENARKAN untuk melewatkan pengurusan jenazah kerana keperluan bedah siasat. - Gambar hiasan
A
A
A

Soalan

Bolehkah melewat-lewatkan pengurusan jenazah seperti menunggu waris yang tinggal berjauhan pulang terlebih dahulu?

Jawapan

Pengurusan jenazah merupakan suatu aspek yang penting menandakan penghormatan kepada jenazah atau seseorang yang telah meninggal dunia.

Berdasarkan kepada pedoman yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW, pengurusan jenazah ini hendaklah disegerakan bersandarkan kepada hadis: “Segerakanlah dalam urusan jenazah. Jika dia orang soleh, bererti kamu menyegerakan dia untuk mendapat kebaikan. Jika dia bukan orang baik, bererti kamu segera melepaskan keburukan daripada tanggungjawab kamu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan kepada hadis ini, Nabi SAW sarankan kepada kita untuk menyegerakan pengurusan jenazah iaitu memandikan, mengkafankan, solat ke atasnya dan mengebumikannya.

Imam Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari membuat kesimpulan bahawa menyegerakan pengurusan jenazah adalah suatu yang dituntut.

Namun terdapat beberapa keadaan yang membenarkan untuk ditangguhkan seketika dengan syarat tidak terlalu lama iaitu:

1 – Menunggu kedatangan wali.

Artikel Berkaitan:

2 – Menunggu jemaah yang lebih ramai.

3 – Tiada kelengkapan pengurusan jenazah.

4 – Menjaga maslahat jenazah seperti keperluan untuk bedah siasat dan sebagainya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!