Lelaki cemas bawa pil kuda bernilai RM1.4 juta

Hasanuddin (tengah) dan Nordin (dua, kanan), Mohamad Roy Suhaimi (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas daripada ‘postman’ dadah.
Hasanuddin (tengah) dan Nordin (dua, kanan), Mohamad Roy Suhaimi (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas daripada ‘postman’ dadah.
A
A
A

PASIR MAS - Gerak-geri mencurigakan dan cemas seorang lelaki ketika diperiksa terbongkar apabila polis menemui 140,000 pil kuda bernilai RM1.4juta dalam kereta yang dipandunya di Jalan Kasban Pasir Mas, di sini semalam.

Suspek berusia 27 tahun yang juga bekerja sebagai buruh itu ditahan oleh dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu pada jam 10.30 pagi ketika sekat pintas Op Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, anggota yang bertugas sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menahan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek dari arah Simpangan ke Jeram Perdah.

Katanya, suspek gagal mengemukakan pengenalan diri dan diarah keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan tubuh badan.

“Pemeriksaan di dalam kereta kemudiannya menemui dua kotak biru bersaiz besar dan dua kotak bersaiz kecil berwarna coklat bertulisan Thailand berada di bonet belakang kereta. Ketika itu suspek tiba-tiba gelisah dan takut.

“Bantuan sepasukan Strike Force Komander A PGA Batalion 9 yang tiba ke lokasi 70 bungkusan plastik lutsinar berisi pil kuda,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini.

Pil kuda berjumlah 140,000 dijumpai dalam bonet kereta dipandu suspek.
Pil kuda berjumlah 140,000 dijumpai dalam bonet kereta dipandu suspek.

Hadir sama, Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Nordin Manan dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif.

Artikel Berkaitan:

Hasanuddin berkata, siasatan awal suspek yang berasal dari Rantau Panjang itu dipercayai bertindak sebagai penghantar barang yang mengambil bekalan dari Tumpat untuk pasaran sekitar daerah Rantau Panjang.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta menjumpai satu beg silang di tempat penumpang hadapan berisi dua telefon bimbit berjenama Iphone, seunit telefon bimbit Nokia 114 dan seunit walkie talkie.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM1,805, mata wang Bath Thailand 8,050, seutas jam tangan jenama Tissot dan sitaan kereta bernilai RM15,000 menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM1,431,935,” katanya.

Hasanuddin (tengah) melihat rampasan dadah oleh PGA Batalion 9 semalam
Hasanuddin (tengah) melihat rampasan dadah oleh PGA Batalion 9 semalam

Tambahnya, siasatan suspek mengaku secara lisan mempunyai dua kerakyatan Malaysia dan Thailand serta hasil ujian urin suspek didapati negatif dadah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah," katanya.

Dadah yang dibawa di dalam kotak menggunakan kereta Proton Persona.
Dadah yang dibawa di dalam kotak menggunakan kereta Proton Persona.