Ganja di Thailand hanya kegunaan perubatan, bukan lagi untuk rekreasi

 Lebih 10,000 kedai dan tapak penanaman kanabis yang mewakili lebih 95 peratus daripada operasi sedia ada telah didaftarkan dalam sistem pemantauan kerajaan. - Foto Agensi
Lebih 10,000 kedai dan tapak penanaman kanabis yang mewakili lebih 95 peratus daripada operasi sedia ada telah didaftarkan dalam sistem pemantauan kerajaan. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK – [DIKEMAS KINI] Kabinet Thailand meluluskan draf undang-undang bagi memperketat kawalan terhadap industri ganja yang berkembang pesat, sekali gus mempercepatkan langkah kerajaan untuk mengetatkan semula kawalan terhadap ganja yang dilonggarkan empat tahun lalu.

Menteri Kesihatan Awam, Pattana Promphat pada Selasa memaklumkan draf rang undang-undang (RUU) berkenaan akan memperketat pengawasan terhadap penanaman dan pemprosesan ganja. Ia akan dibentangkan di Parlimen untuk pertimbangan.

Kerajaan mahu mengehadkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan selepas pelonggaran kawalan pada 2022 menyebabkan jumlah kedai ganja meningkat dengan ketara terutama di Bangkok dan kawasan pelancongan.

Peraturan sedia ada turut mewajibkan preskripsi bagi pembelian dan mengehadkan penjualan kepada fasiliti perubatan berlesen.

Di bawah draf undang-undang itu, pengusaha perlu mendaftarkan ladang tanaman termasuk saiz dan lokasinya. Lesen kedai ganja sedia ada pula akan ditamatkan secara berperingkat sehingga 2028.

Perniagaan yang mahu terus beroperasi perlu bertukar menjadi fasiliti perubatan berlesen dengan pengamal perubatan berkelayakan.

Pihak berkuasa akan turut mempertingkatkan pemeriksaan terhadap premis dispensari. Lebih 10,000 kedai dan tapak penanaman kanabis yang mewakili lebih 95 peratus daripada operasi sedia ada telah didaftarkan dalam sistem pemantauan kerajaan.

Difahamkan, premis atau operasi yang tidak tersenarai dalam sistem itu dianggap beroperasi secara haram. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!