Jerung 'sesat' jadi tumpuan di Busan

Orang ramai sanggup bersesak semata-mata mahu melihat haiwan akuatik itu. Foto Agensi
Orang ramai sanggup bersesak semata-mata mahu melihat haiwan akuatik itu. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL – Kemunculan seekor jerung 'sesat' sepanjang 3.5 meter di sebuah taman tepi pantai menarik hampir 30,000 pengunjung pada akhir minggu lalu.

Pihak berkuasa di Busan, Korea Selatan sedang merangka langkah untuk membawa semula jerung itu ke laut selepas haiwan berkenaan ‘terkandas’ selama lebih lima hari.

Perbincangan antara beberapa agensi itu turut menumpukan kaedah sesuai tanpa menjejaskan keselamatan orang ramai yang terus membanjiri lokasi tersebut.

Jerung yang dipercayai daripada spesies jerung gelap itu mula dikesan di sebuah laluan air buatan di North Port Waterfront Park, Dong-gu, Busan pada 18 September lalu.

Pengawal Pantai sebelum ini berusaha membawanya ke laut terbuka, namun jerung tersebut kekal berada di laluan air berkenaan.

Operasi itu kemudiannya dihentikan dan pihak berkuasa memutuskan untuk membiarkan jerung tersebut mencari jalan keluar sendiri.

Peningkatan luar biasa jumlah pengunjung kemudiannya mendorong pihak berkuasa mengehadkan akses ke taman berkenaan atas faktor keselamatan. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!