Empat lori terbalik seminggu

Antara kes kemalangan lori terbalik yang berlaku di laluan berkenaan..Foto FB Ir Ts Khairil Nizam.
Antara kes kemalangan lori terbalik yang berlaku di laluan berkenaan..Foto FB Ir Ts Khairil Nizam.
A
A
A

KUANTAN - Projek menaik aras Jalan Jerantut–Kuala Lipis melibatkan Seksyen 42 hingga Seksyen 48 serta Seksyen 55 hingga Seksyen 57 perlu disegerakan ekoran empat kes lori terbalik di laluan berkenaan dalam tempoh seminggu baru-baru ini.

Kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan pengguna laluan itu

Isu jalan berkenaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerantut, Ir Khairil Nizam Khirudin.

"Sekali lagi berlaku kejadian lori terbalik di Jalan Persekutuan FT234, kali ini berhampiran PAKR Kuala Tembeling.

"Isu jalan ini bukan perkara baharu," katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Melalui hantaran itu, Khairil Nizam menjelaskan, masalah itu telah dibawa sejak persidangan pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Jerantut di Dewan Rakyat pada 30 Mac 2023.

"Perkara ini telah saya bawa dan terus disusuli dari semasa ke semasa bersama Kementerian Kerja Raya.

Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin

Artikel Berkaitan:

"Malah, pada 25 Februari 2024, saya telah membangkitkan secara khusus isu kecerunan Jalan Persekutuan ini khususnya di kawasan Bukit Mentimun dan Bukit Atap, yang sering menyebabkan kenderaan berat terkandas sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas," ujarnya.

Beliau mendedahkan, dalam jawapan ketika itu, pihak kementerian memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan RM121 juta bagi Projek Menaik Aras Jalan FT234 Jalan Jerantut–Kuala Lipis, melibatkan Seksyen 42 hingga Seksyen 48 serta Seksyen 55 hingga Seksyen 57.

Jelas beliau lagi, awal tahun ini, isu itu sekali lagi dibawa ke Parlimen melalui Kamar Khas bertarikh 25 Februari 2026.

"Ketika itu, saya dimaklumkan projek sepanjang kira-kira lapan kilometer ini dijangka akan dianugerahkan Surat Setuju Terima (SST) pada September 2026.

"Melihat kepada kemalangan yang berlaku berulang kali di lapangan, saya amat berharap agar pelaksanaan projek ini dapat dipercepatkan dan diberikan keutamaan," ujarnya.

Malah beliau juga sekali lagi akan mengangkat perkara itu kepada pihak yang berwajib dalam masa terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!