Turath perlu diperkasakan depani perubahan zaman, AI - PM

Anwar ketika menghadiri Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bertemakan “Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”, sebahagian daripada Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

A
A
A

KUALA LUMPUR- Tradisi turath perlu terus diperkasakan supaya kekal relevan dan menjadi pedoman kepada generasi masa kini serta akan datang, dalam mendepani perubahan dunia termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turath bukan sekadar warisan ilmu, sebaliknya merupakan akar yang membentuk akidah, pemikiran dan jati diri umat.

"Dalam dunia yang berubah pantas, termasuk perkembangan AI, tradisi turath perlu terus diperkasakan agar kekal relevan dan menjadi pedoman generasi masa kini serta masa hadapan.

"Inilah amanah kita untuk memastikan khazanah ilmu ini terus hidup, berkembang dan menyumbang kepada kekuatan umat,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook, pada Sabtu.

Beliau turut memuat naik video berdurasi seminit yang memaparkan suasana Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026, di Putrajaya pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!