Ibu tunggal jahit PPE seawal 5 pagi

Norazian mampu menghasilkan sebanyak 20 purata 20 pasang PPE setiap hari untuk petugas barisan hadapan.
Norazian mampu menghasilkan sebanyak 20 purata 20 pasang PPE setiap hari untuk petugas barisan hadapan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang ibu tunggal mengisi masa lapangnya menjadi sukarelawan menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Norazian Ibrahim, 46, berkata, dia berminat menjadi salah seorang sukarelawan itu selepas terbaca dalam aplikasi kumpulan WhatsApp yang mencari sukarelawan untuk bekerjasama dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi menghasilkan gaun isolasi berkenaan.

Norazian yang menetap di Kampung Banting berkata, inisiatif itu dilakukan di rumahnya seawal jam 5 pagi sehingga jam 12 tengah hari setiap hari.

"Kain yang dibekalkan HTAJ Sabak Bernam ini akan dipotong di Kolej Komuniti Sabak Bernam sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing," katanya.

Katanya, dia yang mula menjahit PPE pada 8 April lalu sehingga kini sudah menghasilkan sebanyak 70 pakaian keselamatan berkenaan.

"Setiap hari saya mampu menghasilkan purata 20 pasang PPE setiap hari untuk petugas barisan hadapan," katanya.

Norazian berkata, menjahit pakaian PPE dianggap mudah kerana dia berpengalaman menjahit pakaian sejak 25 tahun lalu.

"Saya belajar menjahit pakaian PPE menerusi kumpulan WhatsApp dan mungkin pada mulanya sedikit sukar, namun lama kelamaan menjadi lebih senang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ibu kepada seorang anak itu memberitahu, usaha murni dilakukannya itu diharap dapat menyumbang tenaga kepada kerajaan dalam berdepan ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).

"Usaha ini diharap menyumbang sesuatu yang amat penting dan saya pasti jika orang awam sendiri memakai PPE mereka tahu betapa sukarnya petugas barisan hadapan yang terpaksa mengenakan PPE dalam tempoh lama mendepani pesakit Covid-19.

"Hargailah mereka yang bersusah payah mengharungi segala rintangan ini demi memastikan negara bebas daripada ancaman wabak ini," katanya.