'Alhamdulillah' - Hantaran Asyraf Wajdi cetus tanda tanya

SHAH ALAM - Hantaran 'Alhamdulillah' di media sosial Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Jumaat mencetuskan tanda tanya.
Hantaran yang yang dimuat naik kira-kira setengah jam lalu itu mendapat lebih 2,500 tanda suka dan hampir 500 komen.
Sinar Harian melaporkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berlangsung hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seminggu selepas pertimbangannya ditangguhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pagi Jumaat.
Beliau dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara jam 9.43 pagi selepas dua jam mesyuarat Lembaga Pengampunan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire.
Pada minggu lalu, media turut melaporkan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.
Dalam mesyuarat sama, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut berkenan memberikan pengampunan kepada 65 banduan lain.
Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 menjadi tumpuan susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
