Covid-19: KKM kesan satu lagi kluster baharu

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu hari ini selepas mendapati 43 pelajar Malaysia yang pulang dari Magetan, Indonesia didapati positif wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di Melaka dan sembilan orang di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

"Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin wajib dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan," katanya pada sidang akhbar di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, langkah yang diambil kerajaan itu bertepatan bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham turut memaklumkan ketika ini jumlah kes positif pandemik itu melibatkan individu yang pulang dari luar negara meningkat kepada 65 kes.

"Ia tambahan kepada 17 kes sedia ada, 43 kes, tiga kes Acheh, satu Turki dan satu Kalimantan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 84 kes baharu direkodkan.

Artikel Berkaitan:

Ia menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 5,389 kes.

Dalam pada itu, jumlah keseluruhan kes discaj atau sembuh yang direkodkan di seluruh negara melonjak 3,197 kes selepas 95 kes sembuh baharu direkodkan hari ini.