Peniaga, penghantar makanan perlu dapatkan kad PKP

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang
Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang
A
A
A

GEORGETOWN - Peniaga, penjaja dan penghantar makanan di negeri ini perlu mendapatkan kad Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk beroperasi ketika ini.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang berkata, kad PKP itu diperkenalkan bagi memudahkan pemantauan dilakukan selain dapat menyelaras pergerakan peniaga dan penghantar makanan ke lokasi dalam radius 10 kilometer.

Bagaimanapun menurutnya, hanya peniaga dan penjaja berlesen sahaja yang dibenarkan memohon kad PKP itu.

"Kad ini boleh dipohon oleh penghantar barangan bekalan seperti makanan laut, barangan runcit, sayuran dan buah-buahan.

"Mereka boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi MBPP dan bayaran sebanyak RM5 akan dikenakan bagi mendapatkan kad terbabit," katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Tung Seang berkata, bagi peniaga atau penjaja tidak berdaftar mereka boleh menggunakan khidmat beberapa syarikat penghantar makanan yang beroperasi di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, peniaga kendera saji tidak boleh memohon kerana perniagaan berkonsep itu tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Terdahulu, MBPP turut memperkenalkan platform JBO@MBPP khusus bagi peniaga dan penjaja memasarkan produk mereka secara dalam talian selain memudahkan pembeli membuat pilihan.

Artikel Berkaitan:

Kaedah itu dilakukan supaya peniaga dan penjaja di negeri ini dapat menjana pendapatan berikutan tempoh PKP.