Kes Covid-19 di lima negara Arab meningkat

Lima negara Arab melaporkan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lalu.
Lima negara Arab melaporkan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lalu.
A
A
A

ISTANBUL - Lima negara Arab melaporkan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

Di Algeria, 116 kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 2,534 manakala 894 pesakit sembuh. Tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan berjumlah 367 orang.

Di Mesir, 19 kematian lagi dilaporkan, keseluruhan berjumlah 224 dengan 3,032 kes jangkitan.

Dua kematian dilaporkan di Maghribi, merekodkan korban setakat ini seramai 137 orang manakala jumlah kes jangkitan 2,685.

Di Iraq tambahan satu kematian menjadikan keseluruhan 82 orang dan 1,513 kes.

Sementara di Jordan kes positif meningkat kepada 423, tambahan sebanyak enam lagi kes.

Sejak pertama kali dikesan di China Disember lalu, Covid-19 telah mengancam sekurang-kurangnya 185 negara serta wilayah di dunia menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas. - Bernama

Artikel Berkaitan: