Mesin kilang perabot kena sita

Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang perabot yang didapati beroperasi tanpa memiliki lesen di bawah Enakmen Industri Berasaskan Kayu semalam. Foto: Jabatan Perhutanan Perak.
Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang perabot yang didapati beroperasi tanpa memiliki lesen di bawah Enakmen Industri Berasaskan Kayu semalam. Foto: Jabatan Perhutanan Perak.
A
A
A

IPOH - Jabatan Perhutanan Perak menyita tujuh mesin kilang perabot selepas didapati beroperasi tanpa lesen yang sah di sini semalam.

Kegiatan itu dikesan dalam pemeriksaan pasukan Operasi dan Penguatkuasaan Hutan bersama Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung ke atas kilang-kilang industri berasaskan kayu yang mendapat kelulusan khas dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Jabatan Perhutanan dalam satu kenyataan memaklumkan kilang tersebut tidak memiliki lesen di bawah Enakmen Industri Berasaskan Kayu meskipun mempunyai kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pengilang tersebut tetap melakukan kesalahan kerana mengikut peruntukan enakmen tersebut, kuasa untuk mengeluarkan lesen adalah kuasa mutlak kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri.

“Semakan lanjut mendapati tujuh mesin sedang beroperasi dan tindakan sitaan dilakukan di bawah enakmen tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tujuh mesin milik kilang perabot disita selepas didapati beroperasi tanpa memiliki lesen di bawah Enakmen Industri Berasaskan Kayu. Foto: Jabatan Perhutanan Perak.
Tujuh mesin milik kilang perabot disita selepas didapati beroperasi tanpa memiliki lesen di bawah Enakmen Industri Berasaskan Kayu. Foto: Jabatan Perhutanan Perak.

Menurutnya, produk akhir bagi kilang itu ialah pembuatan kabinet dapur untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

“Satu laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya dan siasatan lengkap dijalankan pihak penyiasat jabatan ini.

Artikel Berkaitan:

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, pihak jabatan tetap menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu melalui pemantauan dan rondaan dalam tempoh PKP.