Kes pukul polis: Penghantar makanan direman empat hari

Seorang penghantar makanan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul anggota polis ketika pemeriksaan Ops Covid-19 di kawasan Jalan Cahaya 2/3A, Pandan Cahaya, di sini, semalam.
Seorang penghantar makanan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul anggota polis ketika pemeriksaan Ops Covid-19 di kawasan Jalan Cahaya 2/3A, Pandan Cahaya, di sini, semalam.
A
A
A

AMPANG - Seorang penghantar makanan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul anggota polis ketika pemeriksaan Ops Covid-19 di kawasan Jalan Cahaya 2/3A, Pandan Cahaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berusia 28 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa ini.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Ketika kejadian pada jam 10 pagi itu, polis yang sedang membuat rondaan menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak melawan serta memukul salah seorang anggota polis menyebabkan kesakitan tangan dan leher.

Lelaki terbabit kemudian ditangkap kerana menyerang polis semasa menjalankan tugas dan dengan sengaja tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel Berkaitan: