Terengganu rekod 74 kes aktif Covid-19

Pecahan statistik membabitkan kes Covid-19 mengikut mukim di Terengganu. Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Pecahan statistik membabitkan kes Covid-19 mengikut mukim di Terengganu. Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Sebanyak 108 kes terkumpul membabitkan pandemik koronavirus (Covid-19) di Terengganu dengan 74 kes aktif (masih dirawat), 33 kes sembuh dan satu kes kematian.

Perkembangan itu disalurkan menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi rekod sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan statistik itu, daerah Dungun mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah kumulatif 38 kes diikuti Besut (33), Kuala Terengganu (18), Setiu (8), Kemaman (5), Kuala Nerus (4), Marang (2).

Sehingga kini daerah Hulu Terengganu masih kekal berada pada zon hijau iaitu tiada rekod kes Covid-19 di daerah itu.

Bagi daerah Dungun, kawasan Kuala Abang merekodkan kes tertinggi sebanyak 25 kes dengan 24 kes yang masih dirawat.

Kawasan Sura pula merekodkan kes kedua tertinggi di daerah Dungun dengan sebanyak lapan kes dan tujuh kes masih dirawat diikuti Kuala Dungun (tiga kes, dua kes masih dirawat) serta Kuala Paka mencatatkan dua kes dan kedua-duanya masih dirawat.

Bagi daerah Besut pula, Jabi merekodkan 12 kes Covid-19 dengan lapan daripadanya masih dirawat diikuti Bukit Puteri (lapan kes, tiga masih dirawat), Kampung Raja (empat kes, dua masih dirawat), Lubuk Kawah (tiga kes, dua masih dirawat), Bukit Kenak (dua kes, satu masih dirawat).

Empat kawasan lagi iaitu Chabang Tiga, Atas Tol, Rengas dan Manir masing-masing merekodkan satu kes dengan tiada kes aktif.

Artikel Berkaitan:

Daerah Kuala Terengganu pula kawasan Serada merekodkan kes tertinggi dengan sebanyak tujuh kes terkumpul dan tiga daripadanya masih dirawat, Bukit Besar (lima kes, dua masih dirawat), Chendering (dua kes, satu masih dirawat).

Empat daerah lagi iaitu Chabang Tiga, Atas Tol, Rengas dan Manir masing-masing merekodkan satu kes dengan tiada kes aktif.

Bagi daerah Kemaman, kawasan Cukai dan Kemasik masing-masing merekodkan dua kes dengan satu kes masih aktif, kawasan Kijal pula merekodkan satu kes dengan tiada kes yang aktif.

Di Kuala Nerus pula hanya kawasan Seberang Takir merekodkan empat kes terkumpul dengan tiga daripadanya merupakan kes aktif iaitu yang masih dirawat.

Bagi daerah Marang pula, kawasan Pulau Kerengga mencatatkan satu kes terkumpul yang masih dirawat manakala Bukit Payong merekodkan satu kes terkumpul dengan tiada kes yang aktif.