Sama-sama pikul tanggungjawab jika tidak mahu lagi 'terkurung'

Jika barisan hadapan melihat kepada pengurangan kes kebolehjangkitan, apa salahnya jika orang ramai turut meletakkan strategi keluar masing-masing dengan mengurangkan kekerapan keluar dari rumah hanya dalam tempoh PKP ini
Jika barisan hadapan melihat kepada pengurangan kes kebolehjangkitan, apa salahnya jika orang ramai turut meletakkan strategi keluar masing-masing dengan mengurangkan kekerapan keluar dari rumah hanya dalam tempoh PKP ini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketika barisan hadapan negara memikirkan pelbagai kaedah sebagai ‘strategi keluar’ untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa ancaman wabak Covid-19, orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan ‘strategi’ mereka sendiri.

Tidak cukup sekadar ‘menunggu,’ orang ramai perlu bersama-sama memikul tanggungjawab memutuskan rantaian Covid-19 jika tidak mahu lagi ‘terkurung.’

Pengurangan kes kebolehjangkitan ini dilihat paling penting supaya tugas pengawalan akan menjadi lebih baik, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Katanya pengurangan kes yang masih dirawat menjadi indikator kepada strategi keluar dalam menasihatkan Majlis Keselamatan Negara untuk menamatkan PKP.

Semalam, kes kebolehjangkitan hanya berbaki 2,198 dengan kes positif baharu hanya 69, dan menjadi harapan Noor Hisham sebagai ‘jeneral perang’ wabak berkenaan supaya kes kebolehjangkitan ini terus kekal berkurangan.

Kerja keras dan strategi barisan hadapan ini bagaimanapun akan menjadi sia-sia sekiranya masih ramai antara kita yang bersikap sambil lewa malah ‘menipu’ hanya untuk keluar dari rumah dan melepasi sekatan jalan raya.

Malah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya semalam mengambil peluang untuk memberi peringatan bahawa perkara sedemikian adalah salah di sisi undang-undang.

"Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mengajak orang lain untuk melakukannya," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Jika barisan hadapan melihat kepada pengurangan kes kebolehjangkitan, apa salahnya jika orang ramai turut meletakkan strategi keluar masing-masing dengan mengurangkan kekerapan keluar dari rumah hanya dalam tempoh PKP ini. - BERNAMA