315 pesakit Covid-19 di Malaysia kanak-kanak bawah 14 tahun

315 daripada 4,683 pesakit Covid-19 ialah golongan berusia di bawah 14 tahun dan pesakit kanak-kanak mendapat jangkitan dengan ibu atau ayah mereka, akan ditempatkan di dalam wad atau bilik sama.
315 daripada 4,683 pesakit Covid-19 ialah golongan berusia di bawah 14 tahun dan pesakit kanak-kanak mendapat jangkitan dengan ibu atau ayah mereka, akan ditempatkan di dalam wad atau bilik sama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kira-kira enam peratus atau 315 daripada 4,683 pesakit koronavirus (Covid-19) di Malaysia ialah golongan berusia di bawah 14 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 83 pesakit pula ialah kanak-kanak di bawah usia empat tahun dan jumlah sama direkodkan pesakit berusia lingkungan 5 hingga 9 tahun.

"Baki 149 lagi ialah pesakit berusia dari 10 hingga 14 tahun dan jika pesakit kanak-kanak mendapat jangkitan sekali dengan ibu atau ayah mereka, akan ditempatkan di dalam wad atau bilik yang sama.

"Kalau kanak-kanak ini dijangkiti, sementara ibu bapa mereka tidak dijangkiti tetapi ibu bapa ingin menjaga anak mereka, kita benarkan," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata ibu atau bapa yang ingin menjaga anak mereka yang positif Covid-19, digalakkan untuk memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Mengulas lanjut, beliau berkata, golongan usia 20 hingga 24 tahun paling ramai dijangkiti Covid-19, iaitu seramai 526 orang, diikuti mereka berusia 25 hingga 29 tahun (495) dan pesakit berumur 56 hingga 59 tahun sebanyak 453 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: