Kart Wars, go-kart interaktif pertama di Malaysia

Kart Wars, go-kart pertama di Malaysia yang diinspirasikan daripada permainan Super Mario Kart. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Kart Wars, go-kart pertama di Malaysia yang diinspirasikan daripada permainan Super Mario Kart. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berjaya Times Square Theme Park Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan Kart Wars pada 6 Ogos lalu, aktiviti rekreasi go-kart pertama di Malaysia yang diinspirasikan daripada permainan Super Mario Kart.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Berjaya Times Square Theme Park Sdn Bhd, Johnny Liew berkata, keistimewaan kali ini lebih kepada penerapan elemen interaktif di mana pemain perlu mengumpul seberapa banyak koin sambil berlumba dengan pemain lain.

Menurutnya, permainan selama 10 minit setiap sesi itu terbuka buat semua lapisan umur tidak kira pemain solo, berpasangan mahupun sekeluarga maksimum 10 hingga 12 orang dalam satu masa demi menjamin keselamatan semasa berlumba.

Johnny
Johnny

"Sebenarnya kami sudah buka permainan go-kart ini dah setahun menggunakan kereta yang agak kecil, cuma kali ini kami naik taraf dengan memasukkan elemen interaktif Super Mario Kart.

"Pemain bukan sahaja pandu go-kart, mereka juga boleh kumpul koin dan berlumba dengan pemain lain.

"Ada dua jenis permainan iaitu Kart-Wars dan 'Racing Mode'. Selepas tamat satu sesi, terpapar kedudukan dan markah masing-masing pada skrin," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Peserta bakal diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum memasuki arena perlumbaan. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Peserta bakal diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum memasuki arena perlumbaan. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Johnny turut memaklumkan, pihaknya menaik taraf go-kart bersaiz kecil kepada saiz lebih besar berjumlah 24 unit, masing-masing 12 'mini-badger' dan 'flash-badger'.

'Flash-badger' yang sesuai buat golongan dewasa menawarkan lebih banyak aksi dan persaingan pantas di atas litar 'cyber neon' di ruangan parkir B3.

'Flash-badger' yang sesuai buat golongan dewasa menawarkan lebih banyak aksi dan persaingan pantas di atas litar 'cyber neon'. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
'Flash-badger' yang sesuai buat golongan dewasa menawarkan lebih banyak aksi dan persaingan pantas di atas litar 'cyber neon'. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Dengan waktu operasi setiap hari dari jam 12 hingga 9 malam untuk hari bekerja manakala 11 pagi hingga 9 malam bagi hari minggu dan cuti umum, Kart Wars menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa pada harga promosi 'walk-in' RM49 seorang.

"Bagi pelanggan yang memiliki tiket taman tema Berjaya Times Square Kuala Lumpur hanya RM29.

"Jadi, saya jemput ramai-ramai datang ke Kart Wars Berjaya Times Square Kuala Lumpur untuk rasai pengalaman ini kerana Kart Wars ialah pertama di Malaysia.

"Belum ada lagi mana-mana lokasi go-kart di negara ini yang menawarkan sistem permainan interaktif seperti Kart Wars," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!