Banteras rasuah bukan sekadar tangkap pesalah - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Abd Halim ketika Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Pegawai Kanan SPRM Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak pada Khamis.
Abd Halim ketika Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Pegawai Kanan SPRM Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak pada Khamis.
A
A
A

KUCHING - Usaha membanteras rasuah tidak seharusnya hanya tertumpu kepada tindakan penguatkuasaan selepas sesuatu kesalahan berlaku, sebaliknya aspek pencegahan dan pendidikan perlu terus diperkasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan agenda membanteras rasuah dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

"Warga SPRM Sarawak juga perlu terus mempertahankan prinsip tegas dalam tindakan, adil dalam pertimbangan dan berintegriti dalam setiap keadaan.

"Warga SPRM Sarawak perlu terus mempertahankan prinsip tegas dalam tindakan, adil dalam pertimbangan dan berintegriti dalam setiap keadaan," katanya dalam Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Pegawai Kanan SPRM Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, di sini pada Khamis.

Abd Halim bergambar bersama warga SPRM Sarawak pada Khamis.
Abd Halim bergambar bersama warga SPRM Sarawak pada Khamis.

Beliau berkata, prinsip berkenaan penting bagi memastikan amanah yang diberikan kepada setiap warga SPRM dilaksanakan tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi, tekanan, pengaruh atau kepentingan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Abd Halim merakamkan penghargaan atas komitmen, kesungguhan, dedikasi dan kecekalan warga kerja SPRM Sarawak dalam menjayakan agenda penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan antirasuah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Hasbilah Mohamad Salleh menyampaikan taklimat berkaitan aspek perjawatan dan pengurusan sumber manusia, prestasi perbelanjaan mengurus, inisiatif pendidikan masyarakat serta perkembangan semasa operasi.

Artikel Berkaitan:

Taklimat berkenaan turut memperincikan cadangan pembinaan Kompleks Pejabat SPRM Sarawak yang baharu dan bakal dilengkapi gudang sitaan selain pelbagai fasiliti pejabat moden dan kondusif bagi menyokong keperluan operasi SPRM Sarawak.

Sesi berkenaan diakhiri dengan lawatan ke ruangan pameran barang kes dan lokap SPRM Sarawak serta tapak cadangan pembangunan pejabat SPRM Sarawak yang baharu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya.

Turut hadir Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak, Katherine Nais.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!