Biar KKM perjelas mengenai terowong sanitasi: Ismail Sabri

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selayaknya memberi kenyataan berhubung keputusan untuk tidak mengesyorkan penggunaan terowong atau kotak sanitasi bagi mencegah jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana ia melibatkan teknikal dan bukti secara saintifik.

“Ini melibatkan teknikal dan saya percaya KKM yang wajar beri komen (kenyataan),” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan KKM untuk tidak mengesyorkan penggunaan alat tersebut bagi mencegah jangkitan pandemik itu di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM sahkan terowong disinfeksi tidak mampu bunuh Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar semalam memaklumkan, tiada sebarang bukti kajian spesifik yang menunjukkan penggunaan beberapa peralatan termasuk kotak pembasmi kuman atau terowong sanitasi dapat mengurangkan jangkitan Covid-19.

Katanya, ia selepas model peralatan daripada beberapa negara telah dinilai oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM.

Sehubungan itu katanya, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan tersebut.

Artikel Berkaitan: