Polis rampas senjata api tiruan, siasat kaitan kereta putih

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada Rabu.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis merampas pelbagai jenis senjata api tiruan termasuk lima laras senapang, tiga pucuk pistol, sepucuk revolver serta 23 butir peluru dipercayai peluru kapur pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik serta tujuan barangan berkenaan dikumpulkan sebelum dibuang.

“Setakat ini, identiti pemilik senjata berkenaan masih belum dikenal pasti.

“Siasatan mendapati senjata tersebut dibuang pada 11 Ogos 2026 sekitar jam 2.30 hingga 3 petang,” katanya pada Rabu.

Menurutnya, polis turut meneliti dakwaan bahawa individu yang dipercayai membuang senjata berkenaan menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Chang Hook berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak polis dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat (IO) kes, Inspektor Shasthry di talian 012-552 1394,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!