Kadar zakat fitrah Perak kekal RM7, RM14 dan RM21

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Perak masih mengekalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7, RM14 dan RM21 bagi tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, terdapat tiga kaedah bagi melaksanakan ibadah zakat fitrah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, MAIPk menyediakan beberapa platform seperti QR Code Maybank, Aplikasi Snap N Pay, Aplikasi GoPayZ dan Financial Process eXchange (FPX) melalui Portal MAIPk bagi kemudahan bayaran dalam talian.

"Bagi bayaran melalui amil, kutipan zakat fitrah boleh dilakukan secara kaunter pandu lalu yang diwujudkan di masjid-masjid utama daerah dan juga masjid yang berada di tepi jalan besar.

"Amil bertemu secara langsung dengan pembayar boleh dilaksanakan sekiranya melibatkan warga emas uzur dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan kemudahan dalam talian serta masyarakat yang berada di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan alat komunikasi dan akses internet baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: