[VIDEO] RCI TH: Parlimen bukan 'one-man show' - Syed Saddiq
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian pemimpin blok pembangkang yang memboikot pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan keluar daripada Dewan Rakyat.

Beliau berpandangan, tanggungjawab ahli Parlimen pembangkang dalam menjalankan fungsi semak dan imbang tidak seharusnya terhenti hanya disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri persidangan tersebut atas faktor kesihatan.
“Parlimen bukanlah 'one-man show'. Yang sakit Perdana Menteri, tetapi yang tidak buat kerja kita pula.
“Yang dibayar puluhan ribu ringgit, gaji, pencen dan pada masa sama pelbagai elaun hanya untuk memainkan peranan semak dan imbang.
"Tetapi, kita gagal untuk memainkan peranan tersebut,” katanya ketika sidang khas pembentangan RCI TH di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji
Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha
Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan
'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar
PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir
Syed Saddiq berkata, laporan RCI TH bukan milik mana-mana Perdana Menteri mahupun parti politik, sebaliknya melibatkan kepentingan lebih 10 juta pendeposit TH di negara ini.
Jelas beliau, wakil rakyat bertanggungjawab untuk meneliti fakta dan membongkar salah laku menerusi perbahasan di Dewan Rakyat.
“Kalau ada fakta, bahas. Kalau ada salah, bongkarkan. Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu Islam memilih untuk memboikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu Islam.
“Kita bukan memboikot menteri, kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit TH,” ujarnya lagi.
Atas dasar itu, Syed Saddiq menegaskan alasan beliau memilih untuk kekal berada di dalam dewan kerana mahu mengambil bahagian sewaktu sesi perbahasan menggunakan fakta dan data.
Pendirian tersebut turut disokong Ahli-Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak menyertai tindakan keluar dewan oleh segelintir wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Syed Saddiq mencadangkan supaya menubuhkan 'task force' membabitkan pelbagai agensi di samping melaksanakan audit forensik terhadap pelaburan gagal Lembaga TH.
Pada hemat beliau, langkah sedemikian amat penting memandangkan laporan RCI mendedahkan pelaburan gagal TH melibatkan rangkaian kompleks syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Bekas pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu turut menggesa kerajaan memperkenalkan langkah susulan, termasuk penyediaan intervensi fiskal bagi menyokong usaha pembaharuan TH, mempercepatkan pindaan Akta Tabung Haji 1995 serta menghapuskan lantikan politik dalam lembaga pengurusan dana jemaah haji berkenaan.
“GLIC ini membuat pelaburan bersama antara satu sama lain dan salah tadbir dalam sesebuah GLIC akan membawa kepada masalah dalam GLIC yang lain.
“Kalau tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa tsunami kegagalan pengurusan yang akhirnya menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kerugian luar biasa,” jelasnya.
RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin
'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' – Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH
RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta
Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli
[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama
Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli
Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli
Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
