Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

Mohd Radzi
Mohd Radzi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bersatu tidak akan keluar Dewan atau ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, isu berkenaan penting kepada rakyat dan tidak seharusnya dicemari dengan sebarang bentuk drama politik.

“Ahli-ahli Parlimen Bersatu adalah pembangkang. Kami tidak akan 'walk out'. Ini isu penting bagi rakyat dan tidak perlu drama politik.

“Kami bahkan minta supaya dipanjangkan tempoh perbahasan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, rakyat berhak mengetahui perkara sebenar berkaitan laporan RCI berkenaan.

“Rakyat perlukan kebenaran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Dalam hantaran sama, beliau turut memetik perbualan dalam Dewan Rakyat apabila Speaker Tan Sri Johari Abdul bertanya maksud pembangkang mahu keluar dewan.

Artikel Berkaitan:

Soalan itu kemudian dijawab Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan jawapan, “iya”.

Sidang Khas Dewan Rakyat pada Selasa diadakan bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji, yang sebelum ini dinyahklasifikasikan kerajaan bagi membolehkan kandungannya diketahui umum.

RCI berkenaan ditubuhkan bagi menyiasat pengurusan, operasi dan urusan berkaitan aset Tabung Haji, termasuk perkara-perkara yang menjadi persoalan berhubung pengurusan institusi berkenaan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!