Nik Abduh sekali lagi dilantik sebagai Senator

KOTA BHARU - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh sekali lagi dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi mewakili negeri Kelantan.
Cadangan pelantikan Nik Abduh itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ia mendapat sokongan dari Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
ADUN Kelantan secara mojoriti menerima cadangan tersebut.
Sebelum itu beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili negeri Kelantan pada 19 September 2023.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

