Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Subang, Wong Chen telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa pada jam 5 petang, 10 ogos 2026.
Wong Chen dalam satu kenyataan berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada speaker Dewan Negara pada 5 Ogos lalu.
"Pada 5 Ogos, saya telah bertemu dengan Speaker dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen.
"Bagaimanapun, kami telah mencapai persetujuan bersama untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga 10 Ogos jam 5 petang," katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.
Menerusi hantaran sama, beliau turut memaparkan surat peletakan jawatan itu.
Sebelum itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai spekulasi bahawa Ahli Parlimen Subang, Wong Chen bakal mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.
Menurut beliau, sebarang perkara berkaitan status kerusi berkenaan tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Dalam masa sama, media melaporkan Wong Chen ada menyatakan hasrat untuk meletak jawatan ketika pertemuan dengan Johari semalam dengan wakil rakyat itu dijangka mengumumkan keputusannya pada Isnin.
Tambah Wong Chen, tarikh 5 ogos itu adalah bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai-pegawai Parlimen untuk membuat persiapan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Subang.
"Kami juga akan membuang gelaran kehormat 'Yang Berhormat' daripada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat kami menjelang bulan hadapan.
"Saya akan mengadakan sidang media pada hari Rabu, jam 11.00 pagi," ujarnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

