Ingin berdikari alasan Dhia Zahraaxavieta Neelopher keluar rumah

Laporan Sinar Harian pada Sabtu berkaitan kehilangan remaja 14 tahun berkenaan.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu berkaitan kehilangan remaja 14 tahun berkenaan.
A
A
A

AMPANG - Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di SM Pangsapuri Sri Mayang di sini pada 2 Ogos lalu dijumpai dalam keadaan selamat pada Sabtu.

Remaja itu ialah Dhia Zahraaxavieta Neelopher Harisman berusia 14 tahun lima bulan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja itu dijumpai oleh unit peronda polis (MPV) kira-kira jam 11.15 pagi di Permai Court 2, Ampang.

"Remaja itu dijumpai dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada keluarganya.

"Siasatan awal mendapati alasan remaja terbabit meninggalkan rumah kerana ingin berdikari," katanya pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan kehilangan gadis terbabit disedari ahli keluarganya kira-kira jam 10 malam setelah didapati tiada di rumah.

Usaha mencari remaja itu oleh pihak keluarga gagal sebelum pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima laporan kes itu pada Jumaat.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang awam khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan mereka keluar bersendirian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!