Wanita meninggal dunia selepas keluar dari 'rumah hantu'

Staf kompleks itu cuba memberi bantuan kecemasan dan turut menghubungi pasukan perubatan. - Foto Agensi
Staf kompleks itu cuba memberi bantuan kecemasan dan turut menghubungi pasukan perubatan. - Foto Agensi
A
A
A

TULUNGAGUNG – Seorang pengunjung rumah hantu meninggal dunia selepas keluar dari tempat hiburan berkenaan.

Kematian mengejut itu menimpa wanita berusia 39 tahun dikenali sebagai BNW dari Desa Beji, Kecamatan Boyolangu, Kabupaten Tulungagung di Jawa Timur, Indonesia pada Rabu.

Siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan besar mengalami serangan jantung kerana terkejut disergah 'hantu'.

Pamapta Polres Tulungagung, Ipda Hendra Endy Purwanto berkata, BNW berkunjung ke pusat beli-belah itu bersama anaknya.

"Dia masuk secara bersendirian ke dalam rumah hantu tersebut. Kira-kira lima minit kemudian, dia keluar bersama pengunjung lain dan sempat duduk di kerusi.

"Wanita itu bagaimanapun rebah ke lantai lalu tidak sedarkan diri ketika cuba berdiri semula. Staf kompleks itu cuba memberi bantuan kecemasan dan turut menghubungi pasukan perubatan," jelasnya lagi.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan kakitangan RSUD dr. Iskak bersama Unit INAFIS Satreskrim Polres Tulungagung mendapati mangsa menghidap hipertensi.

Penyakit darah tinggi itu pertama kali diketahui ketika BNW menjalani pemeriksaan kesihatan untuk jemaah haji, baru-baru ini.

Sepanjang berada di Tanah Suci, wanita itu dilaporkan pengsan beberapa kali.

Artikel Berkaitan:

Jasad mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Perubatan Forensik dan Medikolegal (IKF) RSUD dr. Iskak Tulungagung untuk urusan pengurusan jenazah.

Keluarganya menerima kejadian itu sebagai musibah dan menolak proses bedah siasat. - Agensi

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!