Di mana Dhia Zahraaxavieta Neelopher?

Polis meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengesan Dhia Zahraaxavieta Neelopher yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada 2 Ogos lalu.
Polis meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengesan Dhia Zahraaxavieta Neelopher yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada 2 Ogos lalu.
A
A
A

AMPANG - Polis giat mengesan seorang remaja perempuan yang dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya di SM Pangsapuri Sri Mayang di sini 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kehilangan remaja berusia 14 tahun lima bulan itu disedari ahli keluarganya kira-kira jam 10 malam setelah didapati tiada di rumah.

Menurutnya, remaja itu ialah Dhia Zahraaxavieta Neelopher Harisman dipercayai telah keluar memakai baju warna biru dan seluar kelabu.

"Usaha mencari remaja itu oleh pihak keluarga gagal sebelum laporan polis dibuat.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menerima laporan kehilangan remaja itu pada jam 8.34 malam, Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ciri-ciri fizikal remaja terbabit ialah berketinggian anggaran 157 sentimeter, berat 40 kilogram, berkulit putih sawo matang, rambut panjang hingga paras separuh badan berwarna perang serta tidak memakai cermin mata.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104.

"Pihak Polis menasihatkan orang awam khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan mereka keluar bersendirian," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!