X

Kindly register in order to view this article
!

'Noor Hisham berwibawa, komited dan sentiasa menjunjung amanah'

Noor Hisham - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang yang tersenarai sebagai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Menerusi Instagram rasminya, Dr Adham menyifatkan kredibiliti yang ada pada diri Noor Hisham amat terserlah.

"Selama lebih kurang sebulan lebih berada di KKM saya dapat saksikan bahawa Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan insan yang amat berwibawa, komited serta sentiasa menjunjung amanah yang diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Hisham antara tiga doktor terbaik, diyakini di dunia

"Doa saya sentiasa mengiringi beliau serta semua warga KKM walau di mana jua kita berada," katanya.

Pada Selasa lalu, laporan itu menyifatkan Noor Hisham, 56, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak tahun 2013 sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan Covid-19 di platform media sosial.

Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang akhbar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus