'Alasan cuti Nurul Izzah diterima, dia masih aktif dalam parti' - Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

MELAKA - Permohonan Nurul Izzah Anwar untuk mengambil cuti sementara daripada jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat kebenaran Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai alasan yang kukuh.

Anwar berkata, Nurul Izzah mempunyai program khas di luar parti untuk tempoh tertentu namun masih kekal aktif dalam PKR.

"Dia ada program khas di luar sekejap, jadi saya boleh terima. Tetapi dia masih aktif dalam parti," katanya ringkas kepada pemberita selepas selesai solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah selepas beliau memohon mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP selepas membincangkan permohonan Nurul Izzah.

MPP turut memutuskan supaya Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!