Kerajaan tetap diserang sama ada dedah atau tidak laporan RCI TH - Nurul Izzah

Nurul Izzah berkata, apa yang penting ialah laporan yang didedahkan itu akan membolehkan rakyat menilai dan memahaminya. - Foto Bernama
Nurul Izzah berkata, apa yang penting ialah laporan yang didedahkan itu akan membolehkan rakyat menilai dan memahaminya. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA PILAH - Kerajaan akan tetap menerima kecaman tidak kira sama ada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) didedahkan sebelum atau selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, apa yang penting ialah laporan yang didedahkan itu akan membolehkan rakyat menilai dan memahaminya.

“Ini penting untuk kita memastikan Tabung Haji terus dipelihara pada masa hadapan dan kita mahu setiap umat Islam mampu melaksanakan ibadah haji.

“Pada saya buat tak buat (dedah laporan RCI) kita akan diserang juga. Yang penting ialah ketelusan dan keberanian untuk mendedahkannya. Kini, kita terus ke depan menuju hari pengundian,” katanya kepada pemberita di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' – Mujahid

'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal Saleh

Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi – IKIM

RCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihan

Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan

Artikel Berkaitan:

RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi

RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam menerbitkan Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nurul Izzah berkata, walau apapun yang diramal oleh penganalisis politik berkenaan PRN Negeri Sembilan, keputusan akhir terletak di tangan pengundi.

“Saya berharap pengundi keluar mengundi dan mengekalkan Pakatan Harapan. Saya merayu bagilah peluang kepada Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) meneruskan agenda pembangunan di Negeri Sembilan,” katanya.

Pada Sabtu ini, sebanyak 867,151 pemilih biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu, yang menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH bertanding di semua 36 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (BN) (25) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24), Perikatan Nasional (PN) (11), empat calon Bebas manakala Barisan Jamaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!