Pengusaha restoran rugi RM2,000 diperdaya tempahan palsu guna nama RXZ Members

Seorang pengusaha restoran ikan bakar di sini mengalami kerugian hampir RM2,000 selepas menjadi mangsa tempahan palsu membabitkan 150 pelanggan yang menggunakan nama kumpulan motosikal RXZ Members .
Seorang pengusaha restoran ikan bakar di sini mengalami kerugian hampir RM2,000 selepas menjadi mangsa tempahan palsu membabitkan 150 pelanggan yang menggunakan nama kumpulan motosikal RXZ Members .
A
A
A

PENDANG – Seorang pengusaha restoran ikan bakar di sini mengalami kerugian hampir RM2,000 selepas menjadi mangsa tempahan palsu membabitkan 150 pelanggan yang menggunakan nama kumpulan motosikal RXZ Members ketika membuat tempahan menerusi siaran langsung di TikTok.

Pemilik PCT Ikan Bakaq, Roshairi Roslan, 42, berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu ketika dia sedang mengendalikan jualan menerusi siaran langsung di media sosial itu seperti biasa.

Menurutnya, seorang individu menggunakan akaun TikTok bernama 'Mekna' mendakwa mewakili kumpulan motosikal tersebut dan mahu membuat tempahan untuk 150 orang.

"Saya tanya mereka nak set apa dan mereka pilih set yang memang ada di kedai. Lepas itu dia minta kod QR untuk buat bayaran deposit.

"Saya minta dia ambil nombor telefon yang dipaparkan pada profil TikTok dan WhatsApp saya kerana ketika itu saya hendak keluar membeli tong gas yang kehabisan," katanya kepada Sinar Harian.

Roshairi berkata, ketika dalam perjalanan membeli tong gas, dia mula memikirkan jumlah stok ikan yang ada tidak mencukupi untuk memenuhi tempahan besar berkenaan.

Menurutnya, dia terus mencari tambahan ikan, udang, sotong, sayur dan bahan mentah lain kerana percaya mereka benar-benar akan datang.

"Kedai kami tak pernah terima seramai 150 pelanggan dalam satu masa. Paling ramai pun sekitar 70 hingga 80 orang," ujarnya.

Jelasnya, bagi memastikan tempahan tersebut dapat dipenuhi, beliau turut menolak pelanggan lain yang datang mahu menjamu selera pada malam berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia memberitahu pelanggan lain yang baru sampai bahawa makanan dah habis sebab mahu menyimpan stok untuk tempahan 150 orang itu.

"Kalau saya jual kepada pelanggan lain, nanti bila kumpulan itu datang saya pula tak dapat penuhi tempahan mereka," ceritanya.

Walaubagaimanapun, dia bernasib baik kerana pekerjanya hanya membakar 13 ekor ikan terlebih dahulu kerana individu terbabit memaklumkan mereka akan makan secara santai dan boleh membuat pesanan tambahan apabila tiba.

Bagaimanapun, sehingga jam 11 malam, kumpulan yang dijanjikan tidak muncul di restoran berkenaan.

"Netizen yang berada dalam siaran langsung kemudian beritahu akaun TikTok yang buat tempahan itu sebenarnya akaun palsu. Bila mereka semak semula, akaun itu sudah dipadamkan," katanya.

Roshairi berkata, selain ikan yang telah dibakar, dia turut mengalami kerugian apabila pelbagai makanan laut segar melibatkan lebih 20 kilogram kepah, kupang, kerang, udang dan sotong juga tidak dapat dijual.

"Barang-barang ini tak boleh disimpan lama sebab kami bercuti dua hari. Ada yang terpaksa dibuang dan sebahagiannya yang telah dimasak saya sedekahkan kepada orang ramai," katanya.

Katanya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak restoran berkenaan beroperasi hampir tiga tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!