Jumlah kompaun PKP fasa kedua meningkat

Pemantauan udara dan hebahan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman di sekitar Pekan Sabak Bernam semasa PKP fasa kedua pada 6 April lalu.
Pemantauan udara dan hebahan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman di sekitar Pekan Sabak Bernam semasa PKP fasa kedua pada 6 April lalu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Jumlah individu dikompaun di daerah Sabak Bernam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua meningkat berbanding fasa satu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, seramai 49 individu dikompaun pada fasa kedua yang berakhir kelmarin berbanding sembilan individu dikenakan tindakan sama sebelum ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 47 individu dikompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

"Individu ditahan berusia lingkungan 16 hingga 48 tahun membabitkan 39 lelaki dan lapan wanita," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Agus Salim berkata, dua lagi individu berusia 37 dan 58 tahun dikompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Katanya, orang ramai diingatkan mematuhi PKP fasa ketiga dan pihaknya tidak akan lagi berkompromi dengan sebarang alasan tidak munasabah.

"Kita akan menahan individu terbabit dan membuka kertas siasatan atas kesalahan melanggar PKP sebelum mendakwanya di mahkamah," katanya.

Artikel Berkaitan: