Polis Temerloh selamatkan jurutera kargo Rusia

Gambar yang dimuatnaik oleh individu menggunakan profil nama,Eza Nurbaiti di laman Facebook dan tular hari ini
Gambar yang dimuatnaik oleh individu menggunakan profil nama,Eza Nurbaiti di laman Facebook dan tular hari ini
A
A
A

TEMERLOH - Seorang jurutera kargo dari Rusia diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran sambil mengadu memerlukan makanan di hadapan sebuah restoran makanan segera di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, Rusia ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac lalu.

"Jurutera tersebut merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.