Kampar bukan lagi zon hijau

Kawalan pergerakan orang ramai terus diperketat di semua elemen penguatkuasaan dalam daerah itu.
Kawalan pergerakan orang ramai terus diperketat di semua elemen penguatkuasaan dalam daerah itu.
A
A
A

KAMPAR - Daerah Kampar tidak lagi diwartakan sebagai zon hijau selepas merekodkan dua kes positif koronavirus (Covid-19).

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan, semalam menunjukkan daerah itu diletakkan dalam zon kuning.

Zon hijau merupakan kawasan atau lokasi bebas Covid-19 sementara kuning bermaksud daerah itu mempunyai satu hingga 20 kes Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kawalan pergerakan orang ramai terus diperketat di semua elemen penguatkuasaan dalam daerah itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang bermula hari ini.

"Kita akan lebih bertegas dengan tujuan mendisiplinkan orang ramai supaya rantaian penularan wabak ini dapat diputuskan selari dengan arahan dikeluarkan kerajaan.

"Pemantauan yang dijalankan menerusi rondaan dan sekatan jalan raya mendapati, masih banyak kenderaan berada di atas jalan raya, ini menunjukkan kadar pematuhan penduduk juga semakin berkurangan," katanya.

Beliau berkata, sepanjang operasi pematuhan fasa satu dan kedua, seramai 33 individu telah dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan ingkar PKP.

Awal April lalu, Sinar Harian melaporkan Kampar menjadi satu-satunya daerah di Perak yang tiada kes jangkitan wabak Covid-19 dengan tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap 99 peratus.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, hanya tiga daerah di Semenanjung Malaysia diwarta sebagai zon hijau iaitu Yan di Kedah, Machang (Kelantan) dan Hulu Terengganu (Terengganu).