Hilang sejak Ahad, di mana Nasrullah Shaari?

Nasrullah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.
Nasrullah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.
A
A
A

BENTONG - Polis minta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di sini sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan polis berhubung kehilangan Nasrullah Shaari, 36, dibuat ibunya jam 9.26 malam pada Isnin.

Menurutnya, lokasi terakhir lelaki itu dilihat berada di Dewan Perdana Kampung Baru di sini.

"Difahamkan kali terakhir pengadu melibat anaknya itu kira-kira jam 2.15 petang pada Ahad ketika mangsa bersamanya di dewan berkenaan," katanya.

Zaiham berkata, kali terakhir mangsa dilihat berbaju warna oren dan berseluar hitam.

"Ciri fizikal mangsa, berkulit gelap, bertubuh kurus dengan tinggi kira-kira 152 sentimeter.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!