Hilang sejak Ahad, Mohd Tarmizi ditemui meninggal dunia

Mohd Tarmizi dilaporkan keluar bersendirian dari rumah keluarganya pagi Ahad lepas untuk mencari petai dengan menunggang motosikal Honda Wave tanpa membawa telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.
Mohd Tarmizi dilaporkan keluar bersendirian dari rumah keluarganya pagi Ahad lepas untuk mencari petai dengan menunggang motosikal Honda Wave tanpa membawa telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.
A
A
A

KUALA NERUS - Lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun di Bukit Kampung Gemuruh, Tepoh pada Ahad lepas ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, Mohd Tarmizi Alias ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada 4.35 petang dalam keadaan terlentang di bawah pokok duku, kira-kira tiga kilometer dari lokasi penemuan motosikalnya sebelum ini.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia melebihi 24 jam dan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baharum Mohamad berkata bomba mengambil masa lebih 40 minit untuk membawa keluar mayat dari lokasi kejadian berikutan keadaan laluan yang berbukit dan curam.

"Selain itu keadaan permukaan tanah yang licin akibat hujan lebat juga menyukarkan operasi sebelum mayat berjaya dibawa keluar pada 6.15 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Tarmizi dilaporkan keluar bersendirian dari rumah keluarganya di Kampung Petaling, Tepoh, kira-kira jam 10.30 pagi Ahad lepas untuk mencari petai dengan menunggang motosikal Honda Wave tanpa membawa telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!